BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 17 November 2011

Minggu 7

Pembelajaran Berasaskan Masalah  atau dikenali sebagai ”Problem Based Learning” dan singkatan yang sering digunakan adalah PBL.
*    PBL adalah satu konsep P&P yang menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam penyelesaian masalah
*    Satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah,dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas.
*    Peranan guru dalam PBL: pembimbing dan fasilitator     

Ciri-ciri PBL
§  Berpusatkan pelajar
§  Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
§  Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator.
§  Menekankan konsep kerjasama
§  Memberi tumpuan kepada metakognitif
§  Menggunakan penilaian alternatif

Fungsi pbl
v Masalah digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap tajuk yang diberi  
v Untuk mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri
v Untuk mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan.
v Untuk memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar.
v Untuk membina keupayaan menyelesai masalah pelajar.
v Untuk menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir
v Dan akhirnya untuk membuat proses p&p itu sesuatu yang mengembirakan.

Langkah-Langkah penyelesaian PBL
§  Melalui pembelajaran PBL keputusan dibuat seolah-olah sama dengan apa yang berlaku dalam situasi sebenar
§  Setiap kumpulan akan berbincang, bagi menangani dan melibatkan diri secara bertukar-tukar dan mendapat sumber maklumat.
§  Salah satu cara ingin memudahkan penyelesaian masalah ialah dengan menggunakan carta FILA

Carta FILA
Fakta(Fact)
Idea
Isu pengetahuan
(Learning Issue)
Tindakan
(Action)
Maklumat daripada senario masalah.
Bahagikan mengikut tema
Berdasarkan fakta
Menerima hipotesis tanpa pertimbangan
Soalan
Sebagai petunjuk kepada jawapan masalah
Aktiviti yang dilakukan untuk selesaikan masalah yang diberi

0 comments: