BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 17 November 2011

Minggu 7

Pembelajaran Berasaskan Masalah  atau dikenali sebagai ”Problem Based Learning” dan singkatan yang sering digunakan adalah PBL.
*    PBL adalah satu konsep P&P yang menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam penyelesaian masalah
*    Satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah,dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas.
*    Peranan guru dalam PBL: pembimbing dan fasilitator     

Ciri-ciri PBL
§  Berpusatkan pelajar
§  Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
§  Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator.
§  Menekankan konsep kerjasama
§  Memberi tumpuan kepada metakognitif
§  Menggunakan penilaian alternatif

Fungsi pbl
v Masalah digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap tajuk yang diberi  
v Untuk mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri
v Untuk mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan.
v Untuk memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar.
v Untuk membina keupayaan menyelesai masalah pelajar.
v Untuk menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir
v Dan akhirnya untuk membuat proses p&p itu sesuatu yang mengembirakan.

Langkah-Langkah penyelesaian PBL
§  Melalui pembelajaran PBL keputusan dibuat seolah-olah sama dengan apa yang berlaku dalam situasi sebenar
§  Setiap kumpulan akan berbincang, bagi menangani dan melibatkan diri secara bertukar-tukar dan mendapat sumber maklumat.
§  Salah satu cara ingin memudahkan penyelesaian masalah ialah dengan menggunakan carta FILA

Carta FILA
Fakta(Fact)
Idea
Isu pengetahuan
(Learning Issue)
Tindakan
(Action)
Maklumat daripada senario masalah.
Bahagikan mengikut tema
Berdasarkan fakta
Menerima hipotesis tanpa pertimbangan
Soalan
Sebagai petunjuk kepada jawapan masalah
Aktiviti yang dilakukan untuk selesaikan masalah yang diberi

Minggu ke 6

Da lama rasanya tidak meng’update’ blog. Okey, hari saya akan meneruskan tentang  sambungan mikropengajaran iaitu
                                                                                                       I.        Kemahiran menyoal
                                                                                                   II.        Kemahiran menerang
                                                                                              III.        Kemahiran memperkukuh
                                                                                          IV.        Kemahiran menutup pengajaran
                                                                                               V.        Kemahiran membuat refleksi

KEMAHIRAN MENYOAL
Tujuan menyoal adalah
Ø Memulakan inkuiri
Ø Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
Ø Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
Ø Membina kemahiran berfikir
Ø Meminta penjelasan idea pelajar
Ø Mengenalpasti dan menangani miskonsepsi dimana kita
Ø Mentafsir kefahaman pelajar

Langkah-langkah menyoal:
1.     Ajukan soalan kepada seluruh kelas-soalan perlu tepat dan jelas dan sebolehnya gunakan ayat pendek.
2.    Beri masa berfikir-masa diberi bergantung kepada jenis dan tahap soalan
3.    Pilih pelajar untuk menjawab-pilih yang sukarela atau secara rawak
4.    Memberi reaksi kepada jawapan pelajar- tidak mengadili jawapan pelajar, tanya lebih lanjut idea pelajar serta tujukan soalan kepada pelajar yang lain dan kaitkan semua jawapan dan idea pelajar untuk membantu mereka membuat kesimpulan.
5.    Beri penekanan  atau ringkasan jawapan tepat-ulang semula objektif atau soalan utama dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima.

KEMAHIRAN MENERANG
Tujuan menerang
¨ Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
¨ Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
¨ Pelajar dapat mengikut arahan
4 prinsip utama kemahiran menerang
Gunakan kejelasan
Ø Tumpukan kepada aspek yang spesifik
Ø Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik
Ø Fokus semula dengan membuat ringkasan
Ø Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar
Ø Elak kekaburan dan ayat tidak relevan
Gunakan penegasan
l  Intonasi berbeza
l  Penunjuk/penyerlah
l  Pergerakan, gerak isyarat
Urutan/Kesinambungan
Ø Induktif/deduktif
Ø Bantu ingat (prompts)
Ø Variasi dan kata penghubung
Ø Pelbagaikan kelajuan penyampaian
Dapatkan maklum balas
l  Libatkan pelajar
l  Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap
Komponen Menerang
Ø Ayat pembukaan perlu dapat menarik kesediaan dan perhatian contohnya bertanya soalan
Ø Isi kandungan adalah tentang apa yang hendak diterangkan
Ø Gunakan kata penghubung seperti oleh itu dan adalah disebabkan oleh untuk menjadikan penerangan lebih berkesan
Ø Ringkaskan isi kandungan penerangan
Ø Ajukan soalan pendek kepada pelajar bagi menilai kefahaman pelajar.

KEMAHIRAN MEMPERKUKUH
Tujuan memperkukuh
*    Meningkatkan interaksi bilik darjah
*    Memperbaiki disiplin bilik darjah
*    Memotivasi pelajar
*    Meningkatkan keyakinan pelajar
*    Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
*    Meningkatkan kefahaman pelajar
Komponen Kemahiran Memperkukuh
v Penggunaan bahasa lisan  seperti bagus, baik, tepat sekali serta penggunaan kiu lisan tambahan seperti um, aha, teruskan dsbnya.
v Penggunaan tindakan bukan lisan seperti  mengangguk kepala, senyum, mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk belakang, menghampiri pelajar dan mendengar dengan tekun atau memberi perhatian penuh
v Penggunaan ganjaran seperti lawatan
v Penggunaan jawapan pelajar seperti struktur semula atau susun semula jawapan pelajar, bina idea berdasarkan jawapan pelajar serta tulis jawapan pelajar di papan tulis.

Prinsip memperkukuh
¨ Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
¨ Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
¨ Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
¨ Bersifat ikhlas

KEMAHIRAN MENUTUP PENGAJARAN
Ø Aspek Kognitif
-         Melihat semula/meperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
-         Menaksir kefahaman pelajar. Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
-         Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
-         Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
-         Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai
Ø Aspek Sosial
-         Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa

KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI
Tujuan membuat refleksi
o   Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
o   Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
o   Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme
Komponen Kemahiran Membuat Refleksi
ü Mengenal pasti isu/masalah yang signifikan
ü Mengenal pasti sumber masalah
ü Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira/mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerangkan masalah yang dihadapi
ü Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
ü Menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
ü Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan



Monday, 17 October 2011

KEMAHIRAN MIKRO PENGAJARAN

Isnin- kami didedahkan dengan kemahiran mikro pengajaran iaitu, memulakan pengajaran termasuklah mencungkil idea, menyoal, menerang dan memperkukuh.
1.      Kemahiran Memulakan Pengajaran
-kemahiran ini penting bagi menarikperhatian pelajar serta dapat membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan objektif pembelajaran serta perkaitan dengan idea  sedia ada pelajar.
Bagi mendapatkan idea sedia ada pelajar, kita perlu mengaplikasikan beberapa cara  untuk mencungkil idea. Cara-cara ini adalah
Soal jawab
Perbincangan kumpulan
Demonstrasi guru
Kuiz pendek atau praujian
Ramal-perhati-terang
Peta konsep
Kartun konsep
Peristiwa bercanggah
Interview about events
Interview about instances
Semasa pengajaran pada hari ini (Isnin), kami diarahkan untuk berbincang tentang cara kemahiran memulakan pengajaran. Kemudian, salah seorang wakil akan membentangkan atau memberi contoh bagaimana cara untuk memulakan sesuatu pengajaran.
Seterusnya, kami diberikan masa untuk mencari maksud peta konsep. Peta konsep merupakan satu gambar rajah seperti peta minda tetapi ia menunjukkan hubungkait antara konsep. Konsep-konsep ini akan dihubungkan dengan anak panah yang berlabel.

Wednesday, 12 October 2011

Pengalaman melakukan eksperimen tanpa resipi memang sesuatu yang agak menarik. Kita akan lebih memahami sesuatu konsep sains apabila kita sendiri melakukan kajian. Pada hari selasa (11 oktober 2011), kami telah melalui sendiri pengajaran berasaskan inkuiri terbuka yang dibimbing oleh Dr. Nurul.
Tajuk pelajaran adalah Bouyant Force dan Archimedes Principle. Pelajar diberikan satu persoalan yang perlu diselesaikan oleh pelajar iaitu,’what is the relationship between the bouyant force and the weight of the liquid displaced’.
Bagi inkuiri terbuka, pelajar harus menyatakan beberapa hipotesis sebelum melakukan kajian untuk mengetahui sama ada hipotesis tersebut boleh diterima atau tidak. Hipotesis penting agar pelajar tidak terlari daripada matlamat sebenar kajian.
Selesai membuat hipotesis, satu lagi soalan diberikan. Mengapa kapal yang besar dan berat boleh terapung tetapi besi yang jauh lebih ringan tenggelam?
Pelajar harus membuat perkaitan antara soalan pertama dan situasi yang diberikan. Kemudian, satu eksperimen dilakukan oleh pelajar. Selesai eksperimen, pelajar mampu memahami perkaitan antara bouyant force dengan liquid displaced.
Bouyant force=liquid displaced
Manakala, kapal laut terapung kerana daya keterapungan yang menolak dari bawah ke atas adalah lebih tinggi berbanding berat kapal ke bawah. Besi yang lebih ringan tenggelam pula daya keterapungan lebih rendah berbanding berat besi ke bawah.

pengajaran minggu ke 5

pada hari isnin, saya telah belajar tentang beberapa tabii sains di mana ia adalah tentative iaitu boleh berubah-ubah, empirik iaitu berdasarkan pemerhatian, kreatif dan imaginatif, dipengaruhi teori serta terapan sosial.

bagi proses mendapatkan pengetahuan pula, kita boleh menggunakan inkuiri saintifik. inkuiri saintifik perlu ada 4 perkara iaitu:
  • asking a question / identifying a problem
  • student need to plan and complete an investigation
  • able to answer the question/ solve the problem
  • then, communicating the result to others-presentation
Inkuiri pula terbahagi kepada 2 iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka.

Inkuiri terbimbing banyak dibimbing oleh guru. Contohnya untuk melakukan eksperimen, pelajar diberikan manual dan pelajar hanya perlu melakukan eksperimen seperti manual tersebut.

Manakala inkuiri terbuka pula dilakukan sendiri oleh pelajar. Ia kurang bimbingan daripada guru. Guru hanya bertindak sebagai pemantau sahaja. Pelajar melakukan sendiri siasatan untuk mendapatkan maklumat. Contoh inkuiri terbuka adalah project based learning.


Sunday, 9 October 2011

Pengajaran Konstruktiviti

sudah berapa lama dah tak update blog ne..ok.. hari ini saya ingin menulis tentang pengajaran konstruktiviti. teori pengajaran konstruktiviti ini di ajar pada beberapa minggu lepas.


Modal Pengajaran Konstruktiviti meliputi ciri-ciri berikut:
1. Menentukan hasil pembelajaran
2. Rancang aktiviti P&P
3. Lakukan penafsiran
4. Berikan pengukuhan maklum balas


Menentukan Hasil Pembelajaran
- seorang guru haruslah membuat perkaitan dengan pengalaman pelajar. 
- guru boleh mencungkil idea pelajar.


Rancang Aktiviti Pelajar
- aktiviti penerokaan dan penafsiran


Lakukan Penafsiran
- ia dilakukan dalam pengaplikasian idea dimana terdapat aktiviti pengayaan, penafsiran dan menyelesaikan masalah.


Berikan Pengukuhan Maklum Balas
- biasanya dilakukan diakhir iaitu penutup ataupun refleksi dimana kita membandingkan pengetahuan baru dengan idea yang lama seterusnya membuat penafsiran.


Prinsip Pembelajaran Kognitiviti

-proses berterusan dan aktif
-melibatkan aktiviti mental dan sosial
-melibatkan bahasa
-memerlukan adanya konteks
-memerlukan pengetahuan untuk belajar
-memerlukan masa yang mencukupi