BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 4 December 2011

MISKONSEPSI

Apa itu miskonsepsi?
Hasan et al.,1999 mengatakan ‘ Strongly held cognitive structures that are different from the accepted understanding in a field, that are presumed to interfere with the acquisition of new knowledge’.
Kefahaman atau tanggapan atau kepercayaan yang berbeza daripada kefahaman sains yang diterima pakai pada satu-satu masa(yang membawa maksud satu kesalahan).
Ciri-ciri Miskonsepsi:

  • v  Dipegang dengan kukuh, iaitu sukar dibetulkan atau ditukar
  • v  Agak stabil, iaitu berulang kali timbul atau digunakan dalam konteks yang berbeza
  • v  Biasanya terhasil daripada pengalaman seharian iaitu melalui deria
  • v  Biasanya merupakan generalisasi melampau (overgeneralization) suatu kefahaman yang betul
  • v  Menunjukkan kurang kefahaman berbanding kurang pengetahuan
Miskonsepsi adalah lebih daripada sekadar kesilapan kecil. Ia sukar diubah dan diperbetulkan serta dipegang kukuh.
Kesilapan kecil biasa terhasil daripada kurang daya ingatan, kepenatan mental atau kurang pengetahuan di mana ianya mudah untuk diperbetulkan.

0 comments: