BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN TANPA TENAGA?..
ada tak sesiapa yang boleh bayangkan?..apa akan terjadi apabila waktu malam tiada lampu..macam mana nak basuh baju, bagi mereka yang biasa menggunakan mesin basuh..bagaimana pula kita nak memasak sekiranya tiada gas atau elektrik?..semua aktiviti harian yang biasa kita lakukan akan terbantut dan serba-serbinya tak menjadi..itu baru kita lihat dari aspek yang biasa kita lakukan..
macam mana pula dengan industri negara atau ekonomi negara?..kebanyakan industri di Malaysia bergantung kepada tenaga elektrik untuk bergerak..jadi, sekiranya tiba-tiba tenaga elektrik di Malaysia kekurangan, sudah tentu kegiatan dalam bidang industri ini juga akan terhenti atau berkurang dan seterusnya menyebabkan ekonomi negara juga akan jatuh..
APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG TENAGA NUCLEAR?..
tenaga nuclear adalah tenaga yang terhasil daripada bahan radioaktif melalui proses 'nuclear fission' dimana atom akan terpisah untuk membentuk atom yang lebih kecil. tenaga yang terhasil melalui proses ini adalah sangat banyak. bahan radioaktif yang biasa digunakan di loji nuclear ialah uranium,U-235 kerana sifat atomnya yang senang terpisah.
tenaga nuclear boleh dijadikan sebagai sumber tenaga yang utama di Malaysia sekiranya mempunyai tempat yang sesuai disamping mengambil langkah keselamatan yang kukuh dengan mengambilkira akan kemungkinan bencana alam yang akan berlaku agar tidak berlaku kebocoran..namun begitu, sebelum membuat keputusan untuk menjadikan tenaga nuclear sebagai tenaga utama, kita juga harus mengambil kira sumber tenaga lain seperti biomass, tenaga solar, hidroelektrik dan tenaga-tenaga lain yang berpotensi di Malaysia bagi menggantikan petroleum yang semakin berkurang.
Wednesday, 14 September 2011
JAWAPAN SOALAN ISNIN LEPAS!!
Posted by re ronnidia engan at 05:35
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment