Apakah yang telah saya pelajari hari ini?..
Kami di dedahkan dengan penaksiran iaitu satu proses mengumpul maklumat atau data berkaitan dengan apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan. Penaksiran ini terbahagi kepada dua iaitu 'assessment for learning' dan 'assessment of learning'. 'Assessment for learning' termasuklah melakukan penaksiran diri sendiri(self-assessment) serta penaksiran sesama pelajar (peer assessment) menggunakan kaedah 'rubric'.
Apakah pula bendanya 'rubric' ini?..
'Rubric' adalah alat yang digunakan untuk mengumpul data tadi. Kita boleh bertanya berbagai soalan bagi mengumpul maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.
Mengapakah penaksiran penting?..
Ia penting kerana kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan pendapat seorang, tetapi perlu juga mengambil kira pendapat orang lain. Dengan menggunakan penaksiran ini, kita boleh mengetahui akan pendapat orang lain yang mana mungkin lebih baik dari pendapat yang seorang.
Penaksiran ini penting untuk kita ketahui dalam melakukan Project Based Learning (PBL) dimana kita perlu mencari maklumat untuk membuat keputusan yang tepat dan keputusan yang boleh kita ambil.
Tuesday, 13 September 2011
PELAJARAN HARI INI....
Posted by re ronnidia engan at 04:44
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment