BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 17 October 2011

KEMAHIRAN MIKRO PENGAJARAN

Isnin- kami didedahkan dengan kemahiran mikro pengajaran iaitu, memulakan pengajaran termasuklah mencungkil idea, menyoal, menerang dan memperkukuh.
1.      Kemahiran Memulakan Pengajaran
-kemahiran ini penting bagi menarikperhatian pelajar serta dapat membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan objektif pembelajaran serta perkaitan dengan idea  sedia ada pelajar.
Bagi mendapatkan idea sedia ada pelajar, kita perlu mengaplikasikan beberapa cara  untuk mencungkil idea. Cara-cara ini adalah
Soal jawab
Perbincangan kumpulan
Demonstrasi guru
Kuiz pendek atau praujian
Ramal-perhati-terang
Peta konsep
Kartun konsep
Peristiwa bercanggah
Interview about events
Interview about instances
Semasa pengajaran pada hari ini (Isnin), kami diarahkan untuk berbincang tentang cara kemahiran memulakan pengajaran. Kemudian, salah seorang wakil akan membentangkan atau memberi contoh bagaimana cara untuk memulakan sesuatu pengajaran.
Seterusnya, kami diberikan masa untuk mencari maksud peta konsep. Peta konsep merupakan satu gambar rajah seperti peta minda tetapi ia menunjukkan hubungkait antara konsep. Konsep-konsep ini akan dihubungkan dengan anak panah yang berlabel.

Wednesday, 12 October 2011

Pengalaman melakukan eksperimen tanpa resipi memang sesuatu yang agak menarik. Kita akan lebih memahami sesuatu konsep sains apabila kita sendiri melakukan kajian. Pada hari selasa (11 oktober 2011), kami telah melalui sendiri pengajaran berasaskan inkuiri terbuka yang dibimbing oleh Dr. Nurul.
Tajuk pelajaran adalah Bouyant Force dan Archimedes Principle. Pelajar diberikan satu persoalan yang perlu diselesaikan oleh pelajar iaitu,’what is the relationship between the bouyant force and the weight of the liquid displaced’.
Bagi inkuiri terbuka, pelajar harus menyatakan beberapa hipotesis sebelum melakukan kajian untuk mengetahui sama ada hipotesis tersebut boleh diterima atau tidak. Hipotesis penting agar pelajar tidak terlari daripada matlamat sebenar kajian.
Selesai membuat hipotesis, satu lagi soalan diberikan. Mengapa kapal yang besar dan berat boleh terapung tetapi besi yang jauh lebih ringan tenggelam?
Pelajar harus membuat perkaitan antara soalan pertama dan situasi yang diberikan. Kemudian, satu eksperimen dilakukan oleh pelajar. Selesai eksperimen, pelajar mampu memahami perkaitan antara bouyant force dengan liquid displaced.
Bouyant force=liquid displaced
Manakala, kapal laut terapung kerana daya keterapungan yang menolak dari bawah ke atas adalah lebih tinggi berbanding berat kapal ke bawah. Besi yang lebih ringan tenggelam pula daya keterapungan lebih rendah berbanding berat besi ke bawah.

pengajaran minggu ke 5

pada hari isnin, saya telah belajar tentang beberapa tabii sains di mana ia adalah tentative iaitu boleh berubah-ubah, empirik iaitu berdasarkan pemerhatian, kreatif dan imaginatif, dipengaruhi teori serta terapan sosial.

bagi proses mendapatkan pengetahuan pula, kita boleh menggunakan inkuiri saintifik. inkuiri saintifik perlu ada 4 perkara iaitu:
  • asking a question / identifying a problem
  • student need to plan and complete an investigation
  • able to answer the question/ solve the problem
  • then, communicating the result to others-presentation
Inkuiri pula terbahagi kepada 2 iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka.

Inkuiri terbimbing banyak dibimbing oleh guru. Contohnya untuk melakukan eksperimen, pelajar diberikan manual dan pelajar hanya perlu melakukan eksperimen seperti manual tersebut.

Manakala inkuiri terbuka pula dilakukan sendiri oleh pelajar. Ia kurang bimbingan daripada guru. Guru hanya bertindak sebagai pemantau sahaja. Pelajar melakukan sendiri siasatan untuk mendapatkan maklumat. Contoh inkuiri terbuka adalah project based learning.


Sunday, 9 October 2011

Pengajaran Konstruktiviti

sudah berapa lama dah tak update blog ne..ok.. hari ini saya ingin menulis tentang pengajaran konstruktiviti. teori pengajaran konstruktiviti ini di ajar pada beberapa minggu lepas.


Modal Pengajaran Konstruktiviti meliputi ciri-ciri berikut:
1. Menentukan hasil pembelajaran
2. Rancang aktiviti P&P
3. Lakukan penafsiran
4. Berikan pengukuhan maklum balas


Menentukan Hasil Pembelajaran
- seorang guru haruslah membuat perkaitan dengan pengalaman pelajar. 
- guru boleh mencungkil idea pelajar.


Rancang Aktiviti Pelajar
- aktiviti penerokaan dan penafsiran


Lakukan Penafsiran
- ia dilakukan dalam pengaplikasian idea dimana terdapat aktiviti pengayaan, penafsiran dan menyelesaikan masalah.


Berikan Pengukuhan Maklum Balas
- biasanya dilakukan diakhir iaitu penutup ataupun refleksi dimana kita membandingkan pengetahuan baru dengan idea yang lama seterusnya membuat penafsiran.


Prinsip Pembelajaran Kognitiviti

-proses berterusan dan aktif
-melibatkan aktiviti mental dan sosial
-melibatkan bahasa
-memerlukan adanya konteks
-memerlukan pengetahuan untuk belajar
-memerlukan masa yang mencukupi