Isnin- kami didedahkan dengan kemahiran mikro pengajaran iaitu, memulakan pengajaran termasuklah mencungkil idea, menyoal, menerang dan memperkukuh.
1. Kemahiran Memulakan Pengajaran
-kemahiran ini penting bagi menarikperhatian pelajar serta dapat membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan objektif pembelajaran serta perkaitan dengan idea sedia ada pelajar.
Bagi mendapatkan idea sedia ada pelajar, kita perlu mengaplikasikan beberapa cara untuk mencungkil idea. Cara-cara ini adalah
Soal jawab
Perbincangan kumpulan
Demonstrasi guru
Kuiz pendek atau praujian
Ramal-perhati-terang
Peta konsep
Kartun konsep
Peristiwa bercanggah
Interview about events
Interview about instances
Semasa pengajaran pada hari ini (Isnin), kami diarahkan untuk berbincang tentang cara kemahiran memulakan pengajaran. Kemudian, salah seorang wakil akan membentangkan atau memberi contoh bagaimana cara untuk memulakan sesuatu pengajaran.
Seterusnya, kami diberikan masa untuk mencari maksud peta konsep. Peta konsep merupakan satu gambar rajah seperti peta minda tetapi ia menunjukkan hubungkait antara konsep. Konsep-konsep ini akan dihubungkan dengan anak panah yang berlabel.
0 comments:
Post a Comment