BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 12 October 2011

Pengalaman melakukan eksperimen tanpa resipi memang sesuatu yang agak menarik. Kita akan lebih memahami sesuatu konsep sains apabila kita sendiri melakukan kajian. Pada hari selasa (11 oktober 2011), kami telah melalui sendiri pengajaran berasaskan inkuiri terbuka yang dibimbing oleh Dr. Nurul.
Tajuk pelajaran adalah Bouyant Force dan Archimedes Principle. Pelajar diberikan satu persoalan yang perlu diselesaikan oleh pelajar iaitu,’what is the relationship between the bouyant force and the weight of the liquid displaced’.
Bagi inkuiri terbuka, pelajar harus menyatakan beberapa hipotesis sebelum melakukan kajian untuk mengetahui sama ada hipotesis tersebut boleh diterima atau tidak. Hipotesis penting agar pelajar tidak terlari daripada matlamat sebenar kajian.
Selesai membuat hipotesis, satu lagi soalan diberikan. Mengapa kapal yang besar dan berat boleh terapung tetapi besi yang jauh lebih ringan tenggelam?
Pelajar harus membuat perkaitan antara soalan pertama dan situasi yang diberikan. Kemudian, satu eksperimen dilakukan oleh pelajar. Selesai eksperimen, pelajar mampu memahami perkaitan antara bouyant force dengan liquid displaced.
Bouyant force=liquid displaced
Manakala, kapal laut terapung kerana daya keterapungan yang menolak dari bawah ke atas adalah lebih tinggi berbanding berat kapal ke bawah. Besi yang lebih ringan tenggelam pula daya keterapungan lebih rendah berbanding berat besi ke bawah.

0 comments: