Da lama rasanya tidak meng’update’ blog. Okey, hari saya akan meneruskan tentang sambungan mikropengajaran iaitu
I. Kemahiran menyoal
II. Kemahiran menerang
III. Kemahiran memperkukuh
IV. Kemahiran menutup pengajaran
V. Kemahiran membuat refleksi
KEMAHIRAN MENYOAL
Tujuan menyoal adalah
Ø Memulakan inkuiri
Ø Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
Ø Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
Ø Membina kemahiran berfikir
Ø Meminta penjelasan idea pelajar
Ø Mengenalpasti dan menangani miskonsepsi dimana kita
Ø Mentafsir kefahaman pelajar
Langkah-langkah menyoal:
1. Ajukan soalan kepada seluruh kelas-soalan perlu tepat dan jelas dan sebolehnya gunakan ayat pendek.
2. Beri masa berfikir-masa diberi bergantung kepada jenis dan tahap soalan
3. Pilih pelajar untuk menjawab-pilih yang sukarela atau secara rawak
4. Memberi reaksi kepada jawapan pelajar- tidak mengadili jawapan pelajar, tanya lebih lanjut idea pelajar serta tujukan soalan kepada pelajar yang lain dan kaitkan semua jawapan dan idea pelajar untuk membantu mereka membuat kesimpulan.
5. Beri penekanan atau ringkasan jawapan tepat-ulang semula objektif atau soalan utama dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima.
KEMAHIRAN MENERANG
Tujuan menerang
¨ Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
¨ Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
¨ Pelajar dapat mengikut arahan
4 prinsip utama kemahiran menerang
Gunakan kejelasan
Ø Tumpukan kepada aspek yang spesifik
Ø Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik
Ø Fokus semula dengan membuat ringkasan
Ø Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar
Ø Elak kekaburan dan ayat tidak relevan
Gunakan penegasan
l Intonasi berbeza
l Penunjuk/penyerlah
l Pergerakan, gerak isyarat
Urutan/Kesinambungan
Ø Induktif/deduktif
Ø Bantu ingat (prompts)
Ø Variasi dan kata penghubung
Ø Pelbagaikan kelajuan penyampaian
Dapatkan maklum balas
l Libatkan pelajar
l Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap
Komponen Menerang
Ø Ayat pembukaan perlu dapat menarik kesediaan dan perhatian contohnya bertanya soalan
Ø Isi kandungan adalah tentang apa yang hendak diterangkan
Ø Gunakan kata penghubung seperti oleh itu dan adalah disebabkan oleh untuk menjadikan penerangan lebih berkesan
Ø Ringkaskan isi kandungan penerangan
Ø Ajukan soalan pendek kepada pelajar bagi menilai kefahaman pelajar.
KEMAHIRAN MEMPERKUKUH
Tujuan memperkukuh
Meningkatkan interaksi bilik darjah
Memperbaiki disiplin bilik darjah
Memotivasi pelajar
Meningkatkan keyakinan pelajar
Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
Meningkatkan kefahaman pelajar
Komponen Kemahiran Memperkukuh
v Penggunaan bahasa lisan seperti bagus, baik, tepat sekali serta penggunaan kiu lisan tambahan seperti um, aha, teruskan dsbnya.
v Penggunaan tindakan bukan lisan seperti mengangguk kepala, senyum, mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk belakang, menghampiri pelajar dan mendengar dengan tekun atau memberi perhatian penuh
v Penggunaan ganjaran seperti lawatan
v Penggunaan jawapan pelajar seperti struktur semula atau susun semula jawapan pelajar, bina idea berdasarkan jawapan pelajar serta tulis jawapan pelajar di papan tulis.
Prinsip memperkukuh
¨ Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
¨ Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
¨ Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
¨ Bersifat ikhlas
KEMAHIRAN MENUTUP PENGAJARAN
Ø Aspek Kognitif
- Melihat semula/meperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
- Menaksir kefahaman pelajar. Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
- Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
- Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
- Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai
Ø Aspek Sosial
- Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa
KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI
Tujuan membuat refleksi
o Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
o Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
o Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme
Komponen Kemahiran Membuat Refleksi
ü Mengenal pasti isu/masalah yang signifikan
ü Mengenal pasti sumber masalah
ü Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira/mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerangkan masalah yang dihadapi
ü Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
ü Menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
ü Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan
0 comments:
Post a Comment