Pembelajaran Berasaskan Masalah atau dikenali sebagai ”Problem Based Learning” dan singkatan yang sering digunakan adalah PBL.



Ciri-ciri PBL
§ Berpusatkan pelajar
§ Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
§ Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator.
§ Menekankan konsep kerjasama
§ Memberi tumpuan kepada metakognitif
§ Menggunakan penilaian alternatif
Fungsi pbl
v Masalah digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap tajuk yang diberi
v Untuk mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri
v Untuk mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan.
v Untuk memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar.
v Untuk membina keupayaan menyelesai masalah pelajar.
v Untuk menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir
v Dan akhirnya untuk membuat proses p&p itu sesuatu yang mengembirakan.
Langkah-Langkah penyelesaian PBL
§ Melalui pembelajaran PBL keputusan dibuat seolah-olah sama dengan apa yang berlaku dalam situasi sebenar
§ Setiap kumpulan akan berbincang, bagi menangani dan melibatkan diri secara bertukar-tukar dan mendapat sumber maklumat.
§ Salah satu cara ingin memudahkan penyelesaian masalah ialah dengan menggunakan carta FILA
Carta FILA
Fakta(Fact) | Idea | Isu pengetahuan (Learning Issue) | Tindakan (Action) |
Maklumat daripada senario masalah. Bahagikan mengikut tema | Berdasarkan fakta Menerima hipotesis tanpa pertimbangan | Soalan Sebagai petunjuk kepada jawapan masalah | Aktiviti yang dilakukan untuk selesaikan masalah yang diberi |
0 comments:
Post a Comment